Posts

4.0 ) Kesimpulan

Image
4.0 Kesimpulan      Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat dan sebagai umat Islam haruslah menjaga dan mengambil berat akan jiran kita samada jiran kita Islam mahupun tidak Islam kerana dalam Islam manusia tidak boleh ke syurga jika tidak menjaga hubungan sesama makhluk Allah. Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati s

3.6) Isu Perkauman Dan Kesannya Kepada Hubungan Kejiranan

Image
3.6) Isu Perkauman Dan Kesannya Kepada Hubungan Kejiranan                                                         (surah Al-Hujuraat:13) Maksud: Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype. Isu-isu ini  tidak boleh dibahaskan ,  didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati.  Isu-isu sensitif  ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam   hingga boleh membawa kep
Image
3.5) Cara Memupuk Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat  (surah Al-Hujuraat:11) Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni. Selain itu itu

3.4 Perpaduan Kaum Masyarakat Malaysia Menjadi Modal Insan Di Ambang Dunia.

Image
3.4 )    Perpaduan Kaum Masyarakat Malaysia Menjadi Modal Insan Di Ambang Dunia. Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam. Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran : إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَو
Image
3.3.PERKAUMAN Pengenalan Malaysia  ialah sebuah negara berbilang etnik, dengan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Tuduhan rasisme berpunca daripada keutamaan perkauman yang terkandung dalam dasar sosial dan ekonomi kerajaan Malaysia, serta ketegangan yang lebih meluas antara pelbagai kumpulan etnik. Konsep  Ketuanan Melayu  atau ketuanan Melayu diterima dalam bidang politik oleh banyak orang Melayu. Diskriminasi adalah meluas, dipaparkan secara terbuka dan diterima, dari ketuanan etnik yang tersirat kepada intoleransi agama. Mengecas bukan  Melayu  untuk perkhidmatan adalah sangat biasa. Walaupun 179 negara telah mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Racun (ICERD), Malaysia bukanlah salah satu daripada mereka. Kerajaan  Pakatan Harapan  yang menggantikan  Barisan Nasional  pada tahun 2018 telah menunjukkan kesediaan untuk mengesahkan ICERD, tetapi masih belum berbuat demikian kerana konflik konvensyen dengan perlembag

3.2 Jenis-jenis masyarakat

Image
3.2 JENIS-JENIS MASYARAKAT PENGENALAN Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau. Orang Melayu Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa,  kuih koci , buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan :  congkak , gasing, wau.. Alat muzik :  kompang ,  gong ,  rebana ,  gambus .. Perayaan :  Hari Raya Aidrilfitri (Puasa),  Hari Raya Haji Tarian : tarian keris, tarian inai,  tarian Piring , tarian lilin.. Kepercayaan