4.0 ) Kesimpulan

4.0 Kesimpulan





     Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat dan sebagai umat Islam haruslah menjaga dan mengambil berat akan jiran kita samada jiran kita Islam mahupun tidak Islam kerana dalam Islam manusia tidak boleh ke syurga jika tidak menjaga hubungan sesama makhluk Allah.

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Kebaikan dan kepentingan hubungan sesama jiran perlulah dipelihara oleh semua golongan supaya amalan baik ini dapat diwarisi turun temurun umpama 'harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan jasa'

Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam