3.6) Isu Perkauman Dan Kesannya Kepada Hubungan Kejiranan

3.6) Isu Perkauman Dan Kesannya Kepada Hubungan Kejiranan



Image result for Isu Perkauman Dan Kesannya Kepada Hubungan Kejiranan dalam al-quran




                                                        (surah Al-Hujuraat:13)

Maksud:

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.


Isu-isu ini tidak boleh dibahaskandidebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).




Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.


Sejak Peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan sebuah peristiwa yang pahit dan menimbulkan isu perkauman dalam negara kita. Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal


Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Majlis perundingan negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.  Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia. 

Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.


Dalam konteks kejiranan, kesan-kesannya menyerlah apabila berlakunya sesebuah aktiviti kejiranan seperti gotong-royong, rumah terbuka atau majlis-majlis rukun tetangga . Ini kerana dalam sesebuah taman di negara, terdapat penduduk yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina , India, Serani dan banyak lagi. Oleh itu, apabila majlis - majlis tersebut berlaku , kelompok ini akan kurang senang untuk hadiri majlis ini kerana bimbang dan khuatir demi keselamatan mereka dan ahli-ahli keluarganya dengan persepsi yang negatif .


Persepsi seperti ini hanya akan memecahkan semangat kejiranan setempat dan ini bukanlah sesuatu yang negara ini perlu. Sebaliknya, keutuhan semangat kejiranan sangat penting demi kepentigan bersama. Dalam aspek kebersihan setempat, suasana yang aman, keselamatan semua orang dan juga kesejahteraan penduduk setempat , isu - isu perkauman hendaklah dielak kerana ini hanya bagai "enau dalam belukar" atau "duri dalam daging" . Kekurangan informasi dan ketepatan informasi hanya akan memecahkan hubungan kejiranan apabila informasi seperti ini disebarkan oleh seorang kepada seorang lagi. 


Oleh kerana itu, kita perlulah membendung isu perkauman untuk menjadi suatu medium untuk kita melepaskan kebaikan-kebaikan yang boleh dieperolehi oleh seluruh penduduk setempat melalui hubungan kejiranan ini. Perkara - perkara yang buruk ini perlu diingkar dan kebaikannya sahaja yang perlu diutamakan. Secara berperingkat, semua orang dapat merasai kebaikannya demi generasi ini dan juga generasi yang akan datang. Kita juga perlu diingati tentang umpama " Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading tetapi manusia mati meninggalkan jasa" . Jasa- jasa baik seperti semangat dan hubungan kejiranan ini sahaja yang boleh diwarisi oleh generasi-generasi yang akan datang.


Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam