3.3.PERKAUMAN



Image result for perkauman



Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara berbilang etnik, dengan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Tuduhan rasisme berpunca daripada keutamaan perkauman yang terkandung dalam dasar sosial dan ekonomi kerajaan Malaysia, serta ketegangan yang lebih meluas antara pelbagai kumpulan etnik. Konsep Ketuanan Melayu atau ketuanan Melayu diterima dalam bidang politik oleh banyak orang Melayu. Diskriminasi adalah meluas, dipaparkan secara terbuka dan diterima, dari ketuanan etnik yang tersirat kepada intoleransi agama. Mengecas bukan Melayu untuk perkhidmatan adalah sangat biasa.

Walaupun 179 negara telah mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Racun (ICERD), Malaysia bukanlah salah satu daripada mereka. Kerajaan Pakatan Harapan yang menggantikan Barisan Nasional pada tahun 2018 telah menunjukkan kesediaan untuk mengesahkan ICERD, tetapi masih belum berbuat demikian kerana konflik konvensyen dengan perlembagaan Malaysia dan norma bangsa dan agama di Malaysia ditubuhkan sejak kemerdekaannya.

 Isu- isu ini tidak boleh dibahaskan , didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Ia juga adalah salah satu sebab yang boleh membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum.

    Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekeh dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif dalam bentuk ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang bleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut. Dalam sesebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa sikap bersefahaman, pertelagahan yang akhirnya membawa implikasi yang buruk kepada sebuah negara.

   Di Malaysia , risiko atau kemungkinan tercetusnya isu perkauman adalah lebih besar kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum , agama dan kebudayaan. Sifat perkauman jika dibiarkan berlaku boleh mengancam kestabilan politik dan kemanan negara . Negara kita pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Selepas peristiwa itu, kerajaan telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan ancaman perkauman dan mencapai perpaduan kaum supaya tidak berlaku lagi kejdaian seperti peristiwa 13 Mei. Dasar-dasar dan pendekatan baru mengenai pembangunan sosio-ekonomi, pendidikan, bahasa dan kebudayaan telah diperkenalkan , dengan tujuan mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bersatu padu. Sejak itu, kestabilan adalah asas kemakmuran Malaysia.

     Apa yang membimbangkan kita hari ini adalah perkembangan teknologi telekomunikasi yang semakin canggih seperti Facebook , Twitter , Instagram, WeChat, Whatsapp dan banyak lagi. Fenomena budaya media baru ini mampu mencetus budaya sendiri dan jika tidak digunakan dengan baik ia mampu menjadi alat untuk mengucar-kacirkan perpaduan antara kaum yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab . Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam komunikasi silang budaya kerana ia tidak membantu usaha kerajaan yang menyeru rakyat agar bersatu padu. Malah yang lebih dibimbangi, keadaan sedemikian memudahkan manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan untuk memudaratkan keselamatan negara dalam bentuk paling halus sifatnya sementara pihak luar menanti penuh minat perkembangan yang lebih buruk.


  Justeru gejala ini harus dibendung dengan sebaiknya oleh setiap individu dalam masyarakat. Media massa hari ini haruslah digunakan sebaiknya sebagai saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien dan membasmi perkauman bukan sebaliknya . Setiap daripada kita haruslah memainkan peranan masing-masing di samping tindakan yang dilakukan oleh kerajaan supaya isu perkauman yang boleh meruntuhkan sebuah institusi negara yang aman berjaya dibendung.


Maksud Perkataan


PERKATAAN kaum atau bangsa bermakna kumpulan makhluk manusia mengikut zuriat, bahasa, warna, budaya dan lain-lain. Apabila diletakkan penambahannya disebut perkauman, berbeza maknanya, kerana bermaksud kefahaman yang dianut berteraskan fanatik kepada satu bangsa atau kaum tertentu, sehingga merosakkan hubungan masyarakat majmuk berbagai bangsa dan kaum yang menjadi sebahagian daripada ciptaan Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta.
Perkataan kaum itu baik kerana hikmah yang ditetapkan oleh Allah Pencipta Alam Semesta, walaupun berbilang dan berbeza, di mana manusia menjadi sebahagian daripada alam mengikut sempadan ketetapan Allah yang Maha Adil dan Bijaksana.
Perkataan perkauman itu bermaksud negatif kerana membawa dasar dan konsep yang merosakkan hubungan kemanusiaan apabila melampaui sempadan ketetapan Allah, ketika manusia itu mencipta ketetapan sendiri dengan akalnya yang lemah tanpa keizinan Allah.
Berlakunya kerosakan kehidupan manusia ini kerana manusia sendiri melanggar sempadan Allah Pencipta Alam Semesta, khususnya apabila melampaui sempadan hikmah mereka diciptakan. Antaranya, mencipta ideologi fanatik terhadap kaum dan bangsa tertentu tanpa meraikan kaum lain. Inilah sebahagian daripada ciri perkauman.
Firman Allah menegaskan bahawa adanya bangsa, kaum, bahasa dan pelbagai budaya serta warna itu sebahagian daripada ciptaan-Nya yang menjadi tanda sifat ketuhanan-Nya:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya adalah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. (Surah Ar-Ruum: 22)


Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam