3.4 Perpaduan Kaum Masyarakat Malaysia Menjadi Modal Insan Di Ambang Dunia.

3.4 )   Perpaduan Kaum Masyarakat Malaysia Menjadi Modal Insan Di Ambang Dunia.

Related image

Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.


Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya :
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”                                                                              
                                                                                                                       (Surah al-Taubah : 18)



Pengenalan


Perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan pembangunan dan ekonomi. Sehubungan itu,rakyat Malaysia perlu memperkukuh dan mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum.Kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan pembangunan ekonomi sahaja tetapi keharmonian antara kaum dan agama harus sentiasa dipelihara… sekiranya tidak diberi perhatian ia akan menyebabkan negara menjadi mundur dan ketinggalan.

Program sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban dan perayaan penting kaum-kaum perlu diadakan setiap tahun agar rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat berinteraksi serta menjalinkan hubungan erat dan juga mengutuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apa yang penting, budaya hormat-menghormati yang menjadi teras perpaduan seluruh rakyat selama ini dipertahan dan diperkasakan serta menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Budaya kunjung-mengunjung masyarakat pelbagai kaum di negara ini ketika musim perayaan yang masih dikekalkan sehingga hari membuktikan integrasi kaum di negara ini erat dan utuh. Ini adalah kekuatan dan kebanggaan kita, rakyat Malaysia.Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum padda ketika itu perlu menjadid iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kea rah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah drastic perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

               Laungan merdeka 53 tahun yang lalu adalah hasil usaha permuafakatan antara kaum di Malaysia. Persoalannya, mengapakah phentingnya perpaduan kaum kepada sesebuah negara? Perpaduan kaum amat penting untuk mewujudkan sesebuah negara yang aman dan damai. Ketika negara lain diancam dengan rencaman isu keganasan, Malaysia tetap gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni. Hal ini adalah kerana segenap lapisan masyarakat hidup bersatu padu dan menjadi perencah kepada kemakmuran Malaysia. Keakraban dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat majmuk telah melahirkan satu identiti negara yang dikagumi pada peringkat global. Tuntasnya kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat yang bersatu padu akan membina satu bangsa yang berdaulat dan maju serta mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.

               Dalam mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatu perlu dilakukan untuk memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Pendidikan merupakan satu wadah pentng untuk merealisasikan hasrat murni ini. Secara analoginya, system pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan sejak dari zaman sebuelum merdeka hinggalah kini. Pelaksanaaan Dasar Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957, Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa penyata serta akata-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu. Pengenalan satu system pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Melalui system pendidikan yang sama, pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses perpaduan kaum. Kementerian Pelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan India di satu kawasan yang sama. Interaksi antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akan memperkasakan hubungan antara kaum. Selain itu, penggunaan Bahasa Melaayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain. Sesungguhnya system pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.


               Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastic dan radikal yang sedang melanda seantero pelosok negara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan. Amalan kemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Inovasi terhadap budaya tolong menolong yang melahirkan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong dan Rukun Tetangga mampu menjana semangat perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. usaha menyemarakkan aktiviti-aktiviti ini semula adalah dengan menyediakan insentif-insentif tertentu yang sudah pasti akan menambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa. Cadangan menjalankan aktiviti gotong royong sebagai satu program nasional atau sekurang-kurangnya sebagai acara dalam perayaan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan wajar dipertimbangkan kerana amalan ii dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

               Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara kita sejak zaman kemerdekaan jelas menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budaya sesuatu kaum oleh suatu kaum yang lain berlaku tanpa paksaan. Misalnya, bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi semakin bertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa mereka berbuat demikian. Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayu yang menggemari nasi lemak, sambal belacan dan sebagainya bertambah banyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari masakan orang Cina seperti nasi goreng dan kuetiau goring. Penerapan nilai-nilai budaya berbilang kaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.

               Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur mangkin yang efektif membantu memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak perlu bertoleransi, bermuafakat dan bekerjasama dalam usaha mencapai aspirasi keharmonian dan pemodenan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan antara kaum dapat mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat dan menjadi wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat glokal mahhupun global. Perpaduan kaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuan negara menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam