3.2 Jenis-jenis masyarakat

3.2 JENIS-JENIS MASYARAKAT



Image result for Jenis- Jenis Masyarakat di Malaysia


PENGENALAN



Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.




Image result for ORANG MELAYU

Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompanggongrebanagambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

  • Kaum terbesar (bumiputera).
  • Bertutur dalam bahasa melayu, mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam.
  • Menurut peruntukan dalam perlembagaan perkara 153, kerajaan bertanggungjawab memelihara dan melindungi kedudukan istimewa orang melayu
  • Kebanyakan penduduk berasal dari kepulauan indonesia yang bermula sejak abad ke-19
  • Orang minangkabau, orang jawa, orang banjar, orang bugis, dan orang boyan adalah kumpulan penduduk  indonesia yang berpindah ke Tanah melayu.
  • Penghijrahan adalah sebagai buruh kontrak dan buruh bebas di ladang-ladang kopi dan getah.    




Image result for ORANG CINA

Orang Cina

Pakaian : Hanfu (semasa pergerakan Hanfu Malaysia dilangsungkan pada tahun 2007), Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..



  • Wujud sejak dari zaman kesultanan melayu melaka
  • Meningkat semasa kedatangan British ke tanah melayu terutamanya ketika pengambilan pulau pinang dan singapura
  • Di johor, kedatangan orang cina pada tahun 1925- 1962 adalah atas galakan Temenggung Ibrahim untuk tujuan membuka ladang-ladang gambir dan lada hitam
  • Selain itu, mereka juga bekerja di lombong-lombong bijih timah seperti di Lukut dan Sungai Ujong
  • Kebanyakan merteka berasal dari kawasan-kawasan Fukien, Kwangtung, dan kwangsi yang terletak di selatan china
  • Kemasukan melalui agen-agen sistem kontrak
  • Pada 1877, pihak Inggeris meluluskan 'The Chinese Immigrants' dan 'The Crimpling Ordiance'.
  • Kelompok utama yang terdapat di Tanah melayu ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam
  • Semasa WW2, orang-orang cina berperanan penting di dalam penubuhan Malayan people's Anti Japanese Army (AMPJA) dan pada 1948 mereka juga menubuhkan Malayan Race's Liberation Army (MRLA) yang berfahaman komunis.


Image result for tradisional orang india

Orang India

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : Kabaddi, Maiyutham (kusti)
Alat muzik : veena, sitar, ukulele, tabla
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam
Tarian : Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

  • Kedatangan awal orang india adalah ketika penganut Hindu-Buddha menyebabkan agama mereka. Seterusnya kedatangan orang india adalah sebagai pedagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Pada zaman Kerajaan Melaka, pengaruh Tamil-Muslim berperanan pentaing dalam sistem pemerintahan; malahan terdapat penempatan orang India di melaka yang dikenali sebagai Kampung Kling.
  • ketika pendudukan Pulau Pinang oleh inggeris, banyak orang India yang berhijrah dan bekerja di ladang tebu atau sebagai pekerja domestik
  • Di peringkat awal, sebahagian besar daripada penduduk India di Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang berasal dari India Selatan ( Tamil Nadu).
  • Mereka dibawa masuk melalui sistem kontrak oleh agen-agen dan selepas tahun 1910, sistem kontrak telah ditukar pada sistem 'Kangany'.
  • Kangany, seorang yang telah bekerja di Tanah Melayu mencari buruh-buruh baru untuk dibawa ke Tanah Melayu.Kangany merupakan seorang mandur
  • Orang India yang berhijrah adalah terdiri daripada orang-orang Tamil, Malayali, Telugu dan sikh.Penghijrahan secara beramai-ramai di kalangan orang india ke Tanah Melayu ialah di tahun-tahun 1880-an akibat dari pembukaan ladang-ladang kopi di Tanah Melayu.
  • Petempatan orang-orang India lebih tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura, Pulau Pinang di kawasan ladang.

Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam