1.0 ) Pengenalan

1.0  PENGENALAN







Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan. Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah an-Nisa’ ayat 36).

Islam itu sejahtera dan pentingkan kedamaian, bermula dengan ketenangan iman akan menular kepada keamanan sesama manusia. Diri manusia itu jiwanya akan tenang jika berdamping dengan orang-orang yang baik, soleh dan ahli ibadah. Keberadaan diri di satu-satu tempat akan memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja yang berada bersebelahnya.

Sesungguhnya, Allah meletakkan beberapa hak lain setelah hak Allah sepertimana termaktub menerusi firmanNya:

 “Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan Allah.” Ini bermakna wajib sembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Seterusnya, Allah suruh berbuat ehsan iaitu melakukan kebaikan lebih daripada sepatutnya kepada 7 golongan lainnya iaitu:

1.  Ibu bapa

2.  Keluarga dan Kaum Kerabat

3.  Anak Yatim

4.  Orang Miskin

5.  Jiran yang dekat dan jauh

6.  Musafir yang memerlukan bantuan

Secara jelas menunjukkan pentingnya keharmonian dalam kejiranan sehingga meletakkannya sebagai salah satu daripada perkara-perkara yang perlu kita berbuat baik kepadanya betul-betul selepas perintah tuntutan agama yang paling besar iaitu tidak menyekutukan Allah SWT. Ia memberi gambaran betapa berbuat baik dengan jiran itu bukan perkara yang boleh dipandang remeh dan diperlekeh.

Perlu diingat, bukan sekadar hak jiran sahaja perlu ditunai dengan baik tetapi juga usah dilupa jiran yang paling hampir dengan diri kita iaitu malaikat-malaikat yang sentiasa mendamping dan mengiringi setiap gerak kita. Mereka adalah jiran terdekat kita iaitu 2 malaikat yang sentiasa bersama, sepertimana firman Allah mafhumnya:

“Semasa 2 Malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf ayat 17 dan 18).

Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam