2.6 ) Kepentingan Hubungan Kejiranan dalam Mengurangkan Kes Jenayah

2.6 ~ KEPENTINGAN HUBUNGAN KEJIRANAN DALAM MENGURANGKAN KES JENAYAH




                                                          




Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ


“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).






DEFINISI JENAYAH



Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang - undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah -  sumber wikipedia

Menurut Kamus Dewan : - Undang - undang ialah sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang di gubal ( dibuat ) oleh sesebuah kerajaan negeri atau negara dan iannya mesti dipatuhi oleh setiap individu atau masyarakat tersebut.  Didalam sesebuah negara demokrasi, Parlimen membuat undang - undang yang mesti diikuti oleh setiap orang.



Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan itu. Dengan sebab kesalahan itu, maka orang yang melakukan kesalahan itu boleh lah dihukum dengan balasan penjara, atau denda atau pun diseksa atau pun boleh di kenakan hukuman mati keatas sipelaku tersebut jika terbukti akan kesalahan yang dilakukan.  - Tun Salleh Abas.



Sesuatu perbuatan atau kesalahan jenayah adalah dilakukan dengan niat salah. Sesuatu perbuatan tidak boleh menjadi jenayah sekiranya tidak disertai dengan niat, walau pun akibat dari perbuatan seperti itu, membawa kecederaan atau maut terhadap mangsanya.



Didalam perundangan jenayah moden terdapat satu maxim latin yang tersohor iaitu Actus non facit reum nisi req yang disebut oleh Lord Kenyon sebagai niat dan perbuatan termasuk ketinggalan. Perbuatan dan niat mesti ada serentak untuk mewujudkan jenayah ( kes Fowler V Padet, 1978, T.T.R 509 ). Ini bermakna sesuatu perbuatan atau ketinggalab jenayah dikatakan sebagai satu jenayah.




JENIS - JENIS JENAYAH

             

Jenayah adalah kelakuan yang menyalahi undang-undang. Jenayah juga boleh dianggap sebagai tindak tanduk yang menyalahi undang-undang.



 Menurut Kanun Tatacara Jenayah ianya sebagai satu perbuatan atau ketinggalan yang boleh dihukum dibawah satu undang-undang yang sedang berkuatkuasa.



                       Jenayah boleh dikategorikan kepada beberapa :-



                                 a) Jenayah Harta Benda

                                 b) Jenayah Tubuh Badan

                                 c) Jenayah Komersial

                                 d) Jenayah Siber

                                 e) Jenayah Maritim

                                 f) Jenayah Udara

                                 g) Jenayah Melibatkan Moral

                                 h) Jenayah Melibatkan Hak Individu / Kumpulan / Organisasi



HUKUM JENAYAH ISLAM


UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH


Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.



PENGERTIAN JENAYAH


Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.



PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA


Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa  atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.



HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM


Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a.     Hukum Qisas


b.     Hukum Hudud


c.     Hukum Ta'zir



PENGERTIAN QISAS


Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)


"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)



JENIS JENAYAH QISAS


Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

  1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).
  2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.
  3. Melukakan orang lain dengan sengaja.



HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.


Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.



PENGERTIAN HUDUD


Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan  sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:


"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)




JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:


a.   Zina

 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.


b.   Qazaf ( Menuduh berzina )

 Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.


c.    Minum Arak

 Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan    akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.


d.   Mencuri

 Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.


e.   Merompak

 Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:

  1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
  2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
  3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f.    Murtad

Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )



HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM


  1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
  2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
  3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.




Kepentingan Hubungan Jiran Untuk Mengurangkan Jenayah Berleluasa


1. Aktivti Rukun Tetangga :

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Rukun tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukut Tetangga 1975). Pada dasarnya, rukun tetangga membolehkan penduduk mengawal sendiri keselamatan di kawasan kediaman masing- masing. Rukun tetangga ini diwajibkan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.

  Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.

  Visi utama rukun tetangga ditubuhkan adalah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian wawasan 2020. Misinya pula adalah memupuk kesefahaman dan bertolah ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula Bersatu Terus Maju. Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara berlandaskan Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.

  Selain itu, program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Dengan adanya aktiviti rukun tetangga, hubingan antara jiran dapat diperkukuh. Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. 


2. Rakan 'Cop' :


Definisi Rakan Cop :

Rakan Cop ialah suatu program komuniti polis yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur pada Ogos 2004 untuk membantu dalam membanteras jenayah di ibu kota dan bandar-bandar lain di Malaysia. Objektifnya yang utama ialah untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan polis serta terlibat secara langsung dengan pencegahan jenayah. 'COP' adalah singkatan daripada perkataan Cooper yang diberikan kepada anggota polis.


Pelaksanaan ’Community-Oriented Policing’ turut digarapkan dalam ’Skim Pengawasan Kejiranan’. ’Skim Pengawasan Kejiranan’ ini dibentuk untuk menyemai semangat kejiranan dalam membendung jenayah di kawasan tempat tinggal. Pendekatan dalam ’Skim Pengawasan Kejiranan’ adalah mudah di mana masyarakat bertindak sebagai ’mata dan telinga’ kepada pihak Polis dalam mengawasi serta melaporkan sebarang insiden yang melibatkan keselamatan jiran mereka. Antara perkara yang boleh disampaikan oleh masyarakat ialah cubaan pecah masuk rumah jiran, kes penderaan dan sebagainya. Skim ini tidak memerlukan ahlinya untuk menjalankan rondaan tetapi sekadar bertindak mengawasi keselamatan kejiranan di kawasan tersebut.

Sekiranya diteliti, ’Skim Pengawasan Kejiranan’ ini meletakkan ahli masyarakat itu sendiri sebagai peranan utama dalam mengawasi, memantau dan menjaga keselamatan di dalam kawasan di mana mereka tinggal. Pihak Polis hanya sebagai unit sokongan dalam memberi bantuan sekiranya diperlukan. ’Skim Pengawasan Kejiranan’ ini membuktikan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam dapat direalisasikan menerusi kerjasama masyarakat. Elemen ini turut ditegaskan oleh Mary Jeanette Hareman (1980); ’There is a direct correlation between citizen’s willingness to report violation, to testify voluntarily as witnesses, and the police agency ’s operation, since citizen assistance is crucial to law enforcement agencies if the police are to resolve an appreciate proportion of the crimes that are committed.’



3. Kempen Anti Jenayah


Kempen Anti Jenayah adalah sebuah program yang diadakan oleh pihak berkuasa seperti pihak PDRM ( Polis Diraja Malaysia ) dengan penglibatan agensi- agensi kerajaan seperti AADK dan NGO yang lain untuk menyedarkan masyarakat dan peronda tentang gejala sosial dan jenayah khususnya di kawasan komuniti setempat. 

Pelaksanaan kempen ini adalah untuk memberi pendidikan kepada penduduk tentang keburukan jenayah dan bagaimana ia boleh mengakibatkan kerugian kepada penduduk tersebut jikalau tidak bertindak dengan pantas dan bijak. Penglibatan penduduk setempat atau jiran penting untuk membasmi aktiviti jenayah ini supaya kepentingan bersama dapat dipelihara .

Kepentingan tersebut merangkumi keselamatan, kesejahteraan, dan keharmonian sebuah  kawasan penduduk kerana semua penduduk tersebut memainkan peranan yang besar dalam menjadi ' mata dan telinga ' pihak polis .



4. Bekerjasama



Ahli-ahli jiran yang bekerjasama antara satu sama lain untuk membanteras jenayah adalah salah satu kekuatan sesebuah komuniti setempat. Ini jelaslah memberi kebaikan kepada semua ahli penduduk kawasan setempat supaya kadar jenayah boleh dijadikan sifar.

Ahli-ahli jiran boleh bekerjasama dengan menjaga rumah jiran apabila jiran tersebut tiada dalam rumah, melaporkan kejadian yang mencurigakan kepada pihak berkuasa , dan juga bertindak membuat rondaan di kawasan perumahan setempat demi menjaga dan memastikan keselamatan penduduk setempat itu terjaga.

Umpama " bagai aur dengan tebing " dan " bersatu teguh bercerai roboh " ini menerapkan unsur berkerjasama supaya kepentingan semua ahli jiran dijaga.  

Comments

Popular posts from this blog

5.0 & 6.0 Lampiran & Rujukan

2.0 ) Konsep Kejiranan Dalam Islam